SUKATAN, HURAIAN DAN DOKUMEN STANDARD

SUKATAN , HURAIAN DAN DOKUMEN STANDARD

SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU BAHASA INGGERISBAHASA ARABMATEMATIKSAINS
KEMAHIRAN HIDUP KAJIAN TEMPATANPENDIDIKAN ISLAMPENDIDIKAN SENIPENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SIVIKPENDIDIKAN JASMANIPENDIDIKAN KESIHATANMUZIK

TAHUN 1 : DOKUMEN STANDARD

DS Bahasa Malaysia - muat turun
DS Bahasa Inggeris - muat turun
DS Bahasa Arab - muat turun
DS Dunia Sains Teknologi - muat turun
DS Dunia Muzik - muat turun
DS Matematik - muat turun
DS Pendidikan Islam - muat turun
DS Pendidikan Moral - muat turun
DS Pendidikan Kesihatan - muat turun
DS Pendidikan Jasmani - muat turun
DS Seni Visual - muat turun


TAHUN 2 : DOKUMEN STANDARD

DS Bahasa Malaysia - muat turun
DS Bahasa Inggeris - muat turun
DS Bahasa Arab - muat turun
DS Dunia Sains Teknologi - muat turun
DS Dunia Muzik - muat turun
DS Matematik - muat turun
DS Pendidikan Islam - muat turun
DS Pendidikan Moral - muat turun
DS Pendidikan Kesihatan - muat turun
DS Pendidikan Jasmani - muat turun
DS Seni Visual - muat turun


TAHUN 3 : HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Bahasa Malaysia - muat turun
Bahasa Inggeris - muat turun
Bahasa Arab - muat turun
Sains - muat turun
Muzik - muat turun
Matematik - muat turun
Pendidikan Islam - muat turun
Pendidikan Moral - muat turun
Pendidikan Kesihatan - muat turun
Pendidikan Jasmani - muat turun
Pendidikan Seni - muat turun


TAHUN 4 : HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Bahasa Malaysia - muat turun
Bahasa Inggeris - muat turun
Bahasa Arab - muat turun
Sains - muat turun
Muzik - muat turun
Matematik - muat turun
Pendidikan Islam - muat turun
Pendidikan Moral - muat turun
Pendidikan Kesihatan - muat turun
Pendidikan Jasmani - muat turun
Pendidikan Seni - muat turun
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan - muat turun
Kajian Tempatan - muat turun
Kemahiran Hidup - muat turun


TAHUN 5 : HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Bahasa Malaysia - muat turun
Bahasa Inggeris - muat turun
Bahasa Arab - muat turun
Sains - muat turun
Muzik - muat turun
Matematik - muat turun
Pendidikan Islam - muat turun
Pendidikan Moral - muat turun
Pendidikan Kesihatan - muat turun
Pendidikan Jasmani - muat turun
Pendidikan Seni - muat turun
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan - muat turun
Kajian Tempatan - muat turun
Kemahiran Hidup - muat turun


TAHUN 6: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Bahasa Malaysia - muat turun
Bahasa Inggeris - muat turun
Bahasa Arab - muat turun
Sains - muat turun
Muzik - muat turun
Matematik - muat turun
Pendidikan Islam - muat turun
Pendidikan Moral - muat turun
Pendidikan Kesihatan - muat turun
Pendidikan Jasmani - muat turun
Pendidikan Seni - muat turun
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan - muat turun
Kajian Tempatan - muat turun
Kemahiran Hidup - muat turun

Saturday 27 October 2012

semester 3 ... tengok-tengok la



Semester
3








kesepaduan

penyerapan / beli buku



nilai 17 dan kategori


masalah pembelajarn




pengurusan bilik dajah

pem bentangan kk

          


http://www.ukm.my/jiae/pdf/14.pdf 

 http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PIM3102_Pedagogi_Pendidikan_Islam.pdf



Monday 15 October 2012

Assalamualaikum warahmatullah,

14 Oktober 2012, ummi dikejutkan dengan kehilangan seorang kakak satu saf, surau Ar Rahman. Pemergian Kak Cah menyahut panggilan kudus yang Maha Agung dalam usia 55 tahun amat menyentuh  rasa seluruh isi Kampung Padang Kelian. Seolah suatu mimpi, kerana baru semalam kita bersama, bersama memasak, bersama membasuh, bersama bersolat jamaah,  terasa ada tapi tiada.Allah amat menyayangi kak Cah, seorang kakak yang tahan diuji, yang tabah, yang pandai merancang, yang rajin, yang suka membantu, yang pemurah, yang peramah, yang selalu menziarah, yang tidak pernah menghampakan orang, yang baik hati, yang ringan tulang, yang selalu awal ke surau, yang rajin membersihkan surau, yang cepat sampai bila kami ditimpa musibah, yang memberi perangsang kepada anak-anak ummi, yang mengambil berat anak-anak ummi, yang menjaga rumah ummi sewaktu ummi mengerjakan ibadat haji dan segala yang direzoi Allah. Ummi kehilangan kak Cah. Al Fatihah. Allhummaghfirla ha warham ha, wa a fini wa` fu an ha, Allah hummarhamna Ya Rahiiiiiiiiiiiiim, Waghfirlana wa Rahmaaaaaaaaaaaan Amin.

Tuesday 4 September 2012


.
......السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ummi ucapkan selamat menempuh UPSR untuk semua calon 2012,
 semoga telah bersedia mental dan fizikal,
mohon restu guru-guru, ayah bonda dan semuanya...
Juga tidak dilupakan untuk pelajar-pelajar Yayasan Khairiyah
yang akan menempuh SMRA...
SEMOGA   dapat ambil SPM di sana lagi.. INSYAALLAH.....AMIIIIIIIIIINNN.

Friday 20 July 2012

 السلام عليكم ورحمة الله وبا ركاته 
 كداتغن رمضان كالي اين برسام اوجين
 .نامون ام بردعا سموك عملن دتريما اوليه الله رب الجليل


Mari tingkatkan amalan di Ramadan 1433........

Tingkat-tingkat puasa

Al-Ghazali ada membahagikan tingkat-tingkat puasa kepada tiga jenis. Pertama adalah puasa umum, iaitu orang yang berpuasa menahan perut dan kemaluan seperti yang disyaratkankan.

Kedua adalah puasa yang khusus, iaitu ditambahkan pula dengan menahan pendengaran, pengelihatan, lidah dan tangan serta anggota-anggota badan yang lain dari segala perbuatan dosa.

Ketiga adalah puasa khususnya khusus, iaitu puasa hati. Menahan hati dari pemikiran keduniaan, perhatian-perhatian yang rendah, menahan diri dari memikirkan selain daripada Allah swt.

Syarat Batiniah Dalam Berpuasa
Menurut Al-Ghazali, terdapat enam perkara perlu dititik beratkan dalam perlaksanaan ibadat puasa bagi menghasilkan puasa yang berkualiti.
1. Menjaga mata dan menahan pandangan kepada sesuatu yang tercela dan dibenci, yang melalaikan hati, melengahkan zikir serta menjauhkan ingatan kepada Allah swt.

2. Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, perkataan kotor, keji, caci makian dan sebagainya.

3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang diharamkan atau dibenci Allah, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengar.

4. Menahan anggota tubuh yang lain-lain daripada perbuatan dosa, baik dari tangan atau kaki daripada segala yang dibenci. Menahan perut daripada hal-hal syubhat (tidak jelas halal atau haram) atau haram ketika berbuka.

5. Jangan berlebihan makan ketika berbuka. Hendaklah direnung tujuan berpuasa, iaitu mendidik nafsu. Tiada manfaatnya berpuasa sehari tetapi apabila waktu berbuka, nafsu masih tidak terdidik.

6. Perasaan takut ketika berbuka, kalau-kalau amalan seharian kita itu tidak diterima oleh Allah swt.
"Sabda Rasulullah saw, Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehinya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga" Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah.

Untuk diriku yang dahagakan ilmu
buat bekalan ke sana dengan izinNya.........

http://ilidalila.wordpress.com/2010/08/10/bagaimana-wanita-yang-istihadhah-mengerjakan-solat-tarawih/

Thursday 5 July 2012

Assalamualaikum, agak lama ummi tidak menjengah  di sini. Kini tempat mencari rezeki mencurah bakti, menumpang kasih anak didik dikocak  dek  eviden KSSR yang tercicir. Maka seolah dikursuskan semula oleh JU. Garangkah ummi?... rasa seperti menyuarakan pendapat, tapi dikatakan ummi marah. Entahlah.....apa daya ummi... ummi dilahikan , dibesarkan, dimudakan, diremajakan, dituakan dalam situasi kekasaran. Minta maaflah anak-anak oiiiiiiiiii.... buka ummi marah, tapi itu pendapat ummi... Agaknya sifat kegarangan ayahanda ummi, turun sebijik kepada insan ini......MINTA AMPUN, MINTA MAAF DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT........Thousand apologise kp.

Sunday 17 June 2012

Asslamualaikum,  hari ini, bersendirian, anak-anak telah kembali menyambung perjuangan mereka, ketua keluarga memakmurkan rumah Allah, maka tinggallah ummi melayan diri yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan semester kedua. Kini debaran menanti keputusannya. Semoga Allah merezoi dan dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Robbal Alamin.

Tuesday 8 May 2012

Apa Itu Iman?

Rukun Iman itu ialah,

1. Beriman kepada Allah.
Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafika segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.

2. Beriman kepada malaikat.
Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan Allah.

3. Beriman kepada kitab.
Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.
4. Beriman kepada nabi dan rasul.
Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad.

5. Beriman kepada hari kiamat.
Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.

6. Beriman kepada qada' dan qadar.
Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.



Koleksi Video Nasyid Rukun Iman 1
Koleksi Video Nasyid Rukun Iman 2
Koleksi Video Nasyid Rukun Iman 3

Doa untuk 7 Hari

Doa Hari Ahad

Doa Hari Isnin

Doa Hari Selasa

Doa Hari Rabu

Doa Hari Khamis

Doa Hari Jumaat

Doa Hari Sabtu

Apa Itu Rukun Islam?

Rukun Islam itu ialah,

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.


2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.


3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.


4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.


5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

Tambahan Kunci Dalam Doa


Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan kita kepada Allah.
Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.
Antara perkara yang perlu dititik-beratkan ialah adab-adab berdoa seperti menghadap kiblat, berwuduk, mengangkat tangan dan suara  sederhana.
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." [7:55] 
Cara yang terbaik dalam berdoa adalah seperti yang Allah ajarkan kepada ahli syurga,
"Doa ucapan mereka (di dalam Syurga) ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan. Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [10:10]

Doa-Doa Yang Afdal
Sebaik-baik doa adalah doa-doa daripada Al-Quran, kerana ayat-ayat Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah (kata-kata dari Allah). Contohnya, doa Nabi Ibrahim di dalam surah 14:35-41.
Antara doa-doa di dalam Al-Quran
Doa supaya tidak berputus asa [Maryam:4]
Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan [Thaha:25-26]
Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan [Kahfi:10]
Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatuyang tidak diketahui hakikatnya [Hud:47]
Doa mohon diberi keputusan yang baik [A'raaf:89]Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa [Isra':14]
Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir [Yunus:85-86]
Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat [Baqarah:201]
Doa memohon keampunan dan rahmat [A'raaf:23]
Doa memohon agar diterima amalan [Baqarah:127]
Doa dicukupkan keperluan [Taubah:129]
Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah [Ahqaf:15]

Saturday 5 May 2012

Perhatian kepada semua murid SK Sungai Kob..

  • untuk tahun 1dan 2 akan berlangsung Penilaian Berasaskan Sekolah KSSR.
  • untuk tahun 3,4 dan 5 akan berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun.
  • Untuk Tahun Enam akan berlangsung Percubaan UPSR.
SELAMAT MENEMPUH UJIAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN,
INGAT.....guru-guru dan ibu bapa mengharapkan kejayaan.


Assalamualaikum anak-anak tahun 2.
Diminta menjawab soalan yang  diberikan:

1. Solat Fardu Subuh_____________ rokaat,
2. Solat Fardu Zohor _____________rokaat.
3  Solat fardu Asar ________________rokaat.
4. Solat fardu Magrib _____________rokaat.
5. Solat fardu Isya` _______________rokaat


Sunday 15 April 2012

Bagaimana Kita Hari Ini



Hari demi hari umur kita semua kian meningkat dari kanak-kanak ke dewasa dan begitu juga dari remaja ke dewasa sebagainya tapi bagaimana dengan diri kita.Adakah kita semua merasai peningkatan umur kian hari?
Ataupun kita masih berasa kita berada di tahap yang sama tika masa dulu kita berada? Kian hari pelbagai benda berlaku dalam diri kita. Agak rugilah bagi mereka yang hanya terus ke hadapan tanpa melihat di sekeliling kehidupannya.
Dalam Al-Quran Allah berfirma dalam surah Al-Asr 2-3,
Firman Allah SWT  :
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
KEZALIMAN
Kini kita sudah berada pada suku tahun 2012M ataupun 1433.Bagaimana keadaan saudara-saudara yang dekat dengan kita di seluruh pelusuk dengan kita? Adakah mereka seperti keadaan kita sekarang? Saudara kita di Mesir, Lubnan, Yamen, Tunisia, Libya, Afrika, dan khususnya sekarang buat saudara kita di Syria dan Palestin tidak seperti keadaan kita sekarang yang penuh dengan kenikmatan. Mungkin kita kurang sedar tentang keadaan mereka dan bagaimana keadaan mereka sebenar walaupun mereka berada dalam negara sendiri. Contoh pergelutan di antara zionis dan rakyat Palestin yang sudah makan masa puluh tahun diantara mereka. Tapi bagaimana caranya kita mahu menyumbang kekuatan kepada mereka? Adakah dengan menyertai mereka dengan menganggat senjata mahupun dengan hanya kata-kata?
Semua itu atas kemampuan kita hari ini. Dulu kita hanya saksikan dengan perasaan pilu tapi hari ini banyak cara kita dapat sumbangkan untuk mereka. Antara jalan yang mudah kita usahakan :-

1. Memberikan Sokongan
Walaupun hanya dengan membuat status di fb, upload gambar di blog, atau menyertai kempen anti keganasan anjuran NGO-NGO itu sudah memadai untuk kita yang inginkan kedamaian untuk semua.
2. Memboikot
Dalam isu meboikot ini ramai yang mengatakan ianya hanya benda yang sia-sia dan tiada hujung pangkalnya. Tapi apa penting jika kita merasai produk tersebut boleh menyumbangkan sesuatu kepada pihak musuh, lebih baik kita melumpuhkan.Sebagai contoh hari ini jika di sebuah kampung itu merupakan pengeluar utama pisang bagi sebuah bandar yang memerlukan pisang bertandan-tandan dalam sehari, apakah akan berlaku jika orang di bandar berkenaan menukarkan permintaan pisang kepada nanas dari kampung yang lain? Adakah pengeluar pisang itu akan untung atau sebaliknya. Jawapan yang mudah kampung berkenaan akan menukarkan stategi perniagaan demi menjaga perniagaan mereka. Adakah BOIKOT ini memberi kesan. Walaupun kita hanya 1sen ia boleh membawa kepada rugi mahupun untung.
Begitu juga dengan kita hari ini yang penuh dengan pelbagai produk-produk yang asalnya merupakan produk musuh-musuh Islam.Kenapa kita tidak mengambil langkah untuk memboikot mereka. Anda Mampu Merubahnya
Dan banyak lagi perkara yang boleh kita sumbangkang walaupun jarak kita dengan mereka beribu-ribu batu .Hanya sekadar usaha kita yang ringan itulah memberikan kedamaian kepada mereka di sana
~Kami Bersama Kalian Palestin & Syria~

AKHLAK
Dunia yang tiada batasan ini banyak memberikan perubahan kepada perubahan masa kini. Alhamdulillah ramai diantara kita sudah melakukan penghijrahan yang terbaik. Dari dulu tidak bertudung kepada bertudung, dari ber\'couple\' kepada perkahwinan dan sebagainya. Tapi ianya hanya sekelompok sahaja. Masalah moral, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan, ragut, dan banyak lagi yang tak seronok nak di sebutkan banyak berlaku daripada perubahan yang dinyatakan. Anak-anak yang bertudung kini banyaknya hanay bertudung di kepala tapi tidak di lapik dengan keimanan. Diri bertudung, ber t-shirt lengan pendek, berseluar ketat, dan agak terkejut juga apabila tudung hanya di jadikan sebagai fesyen bukan tanda taat kepada Allah. Apabila ianya hanya sekadar fesyen pelbagai benda-benda yang pelik berlaku biar pun mereka bertudung.
Firman Allah :
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya." (al-A'raf: 26)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka "
(An-Nur: 31)
Semoga kita diantara yang sentiasa menjaga syariat Allah dan meneruskan ciri-ciri Islamic dalam meneruskan kehidupan.Hari ini semua perkara ini menjadi suatu perkara biasa tidak mustahil satu hari ia hanya tinggal sejarah buat kita sama ada ianya pahit mahupun manis. Sekurangnya kita punyai usaha tersendiri untuk melihat 'mungkar' atau kebatilan itu hapus diubah zaman.
Semoga kehidupan kita hari ini menjadi saham kita di kemudian hari~
Artikel : iluvislam

Wednesday 11 April 2012

RPH TILAWAH AL-QURAN


Tarikh        : 19 Mac  2012 
Hari             : Selasa
Masa           :  5.20 petang – 6.20 petang

Kelas          :  2A6                                                             
Bil. Pelajar :25 orang

Mata Pelajaran    : Tilawah Al-Quran ( Membaca dan menghafaz surah Al-Kafirun )
Objektif :

                   i.    Murid dapat membaca ayat-ayat surah Al-Kafirun.

   ii.    Murid dapat menyusun ayat-ayat surah Al-Kafirun.

   iii.   Murid dapat menyusun potongan ayat surah Al-Kafirun.
   iv.   Murid dapat membaca mengikut hukum mad dalam surah Al-Kafirun. 
   v.    Murid dapat mengesan dan menulis kalimah yang dibaca dengan bacaan panjang mengikut harakat.

Pengetahuan Sedia Ada   :   Murid telah mempelajari surah Al-Kafirun dalam pengajaran pembelajaran yang lalu.
Konsep                              :    Bersemangat untuk mengamalkan bacaan surah  Al-Kafirun dalam solat.
Bahan                                :    Surah A-Kafirun,  kad imbasan, ICT
Nilai    :

1. Bersungguh-sungguh menghafaz surah Al-Kafirun.


2. Berazam untuk menguasai hafazan dan bacaan yang baik..




3. Sentiasa memelihara kebersihan diri dengan berwuduk sebelum membaca Al-Quran.


4. Berusaha menghafaz surah-surah yang lain.




5. Banyak menghafaz surah mencerdaskan minda..


Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 minit
Mengumpul fokus dan minat murid terhadap pelajaran.

Mengaitkan hasil soal jawab dengan isi pelajaran.

1)Apa yang kamu lihat?

2)Bagaimana dengan pakaian mereka?





Mengajak murid bersama-sama membaca doa, mengucap dua kalimah Shahadah.
Bersoal jawab, bertanya khabar.

 Guru menunjukkan gambar pelajar-pelajar menyertai sukan dan berpakaian menutup aurat.
Guru menyoal pelajar berkaitan iman, dan Islam dan mengaitkan dengan tajuk surah  Al-Kafirun.
Murid berdiri menjawab salam, membaca doa, mengucap dua kalimah shahadah,dan menjawab pertanyaan guru dengan yakin, dan mesra.
 Ketua kelas memainkan peranan mengarahkan  murid bangun dan berdiri dengan penuh disiplin.
Guru melakukan aktiviti membaca doa dan mengucap dua kalimah shahadah bersama murid-murid.
Perkembangan
Langkah 1.
15 minit
(Aras1.)

Membaca surah Al-Kafirun bersama-sama secara keseluruhan.

Membaca ayat demi ayat.

Memberi fokus kepada kepada kalimah  bacan panjang dan kalimah bacaan jelas.




Guru memaparkan
Kad ayat dan meminta murid mengulang sebutan bacaan.

Memperdengarkan sebutan bacaan yang betul .

Guru memilih salah seorang murid memegang kad ayat dan menampal di papan putih.

Guru menyebut bacaan ayat dan meminta murid mengikut beramai-ramai

Latihtubi membaca ayat dengan betul dan bertajwid.
Murid mengikut guru menyebut bacaan ayat.

Murid  yang dipilih memegang kad ayat dan menunjukkan kepada semua pelajar.

Murid yang memegang kad ayat membaca bersama-sama pelajar lain mengulang tiga kali.

Murid menampal kad ayat di papan putih.




Guru menayangkan slide  kepada pelajar .

Langkah 2
20 minit
 Aras 2

Menyusun potongan ayat mengikut urutan yang betul.

Mengenalpasti kalimah yang dibaca panjang dua harkat.

Mengenalpasti kalimah dibaca panjang  lima harkat,

Mengenalpasti kalimah yang dibaca dengan sebutan jelas.




Guru meminta murid membaca  kalimah yang ditunjukkan dalam kad imbasan.


Guru menjemput seorang pelajar memegang kad imbasan dan menyebut kalimah yang dipegangnya.

Guru menggunakan kaedah latihtubi dan pengulangan kepada pelajar.

Guru meminta pelajar menyebut kalimah yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

Guru menerangkan bacaan panjang dan bacaan sebutan jelas melalui kalimah yang di tunjukkan.



Murid membaca semula secara latih tubi perkara-perkara yang membatalkan wuduk menggunakan kad-kad ayat.

Murid  membaca kalimah yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

Murid menyebut berulang kali kalimah yang ditunjukkan dengan sebutan yang fasih.

Murid menjawab soalan guru mengenai kadar bacaan panjang bagi kalimah yang dibaca oleh mereka.

Murid menjawab soalan guru mengenai kadar bacaan panjang atau sebutan jelas bagi kalimah yang dibaca oleh mereka.


Kad ayat
















Kad potongan ayat.

Langkah 3
15 minit

Menyusun potongan ayat dengan betul dan menjadi ayat yang sempurna.

Guru meminta murid membaca ayat yang di pilih.

Guru meminta  murid memegang potongan ayat dan  menyuruh  menunjukkan potongan ayat kepada murid lain dan menyebutnya.

Guru menyuruh seorang murid lain menyusun potongan mengikut susunan yang betul.

Guru mengedarkan lampiran kepada murid-murid dan menerangkan apa yang perlu mrid-murid lakukan utuk menjawab soalan yang terdapat dalam lampiran.

Murid memberi respon dan jawapan terhadap soalan yang yang dikemukan oleh guru.

 Murid megang kad potongan ayat lalu
 menunjukkan kepada murid-murid lain  sambil membaca potongan ayat yang dipegangnya.

Murid menyebut -ramai.
Seorang murid diminta ke depan untuk menyusun kalimah menajdi ayat yang lengkap.

Murid mendapatkan lampiran dan mengkelaskan  kalimah mengikut bilangan dua harkat dan lima harkat serta kalimah bacaan jelas.









 Kad potongan ayat.

Lembaran kerja.

Penutup
5 minit


Guru meminta murid menyebut semula bacaan ayat-ayat surah Al-Kafirun.

Murid membaca surah A-Kafirun secara keseluruhannya beramai-ramai.

Aktiviti dilakukan untuk penilaian semula dan pengukuhan serta diberi ganjaran.

Refleksi : Diakhir pelajaran, didapati murid boleh mengingat bacaan surah A-Kafirun. Dalam aktiviti mengesan kalimah bacaan panjang, guru perlu memberi penekanan yang lebih untuk membolehkan murid menjawab soalan yang diberi. Murid perlu didamping secara individu untuk diberi penerangan dan akhirnya murid dapat membuat latihan yang diberi oleh guru.  Kurang puas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku kerana pengndalian bahan ict bermasalah.

KOMPONEN  5  - SET BAHAN PENILAIAN.

Unit 1



1. Pilih dan tuliskan kalimah yang dibaca 2 harkat, 5 harkat dan kalimah yang dibaca dengan jelas.
2. Susun semula kalimah menjadi ayat yang sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...