Tuesday, 17 April 2012
Sunday, 15 April 2012
Bagaimana Kita Hari Ini

Hari demi hari umur kita semua kian meningkat dari kanak-kanak ke dewasa dan begitu juga dari remaja ke dewasa sebagainya tapi bagaimana dengan diri kita.Adakah kita semua merasai peningkatan umur kian hari?
Ataupun kita masih berasa kita berada di tahap yang sama tika masa dulu kita berada? Kian hari pelbagai benda berlaku dalam diri kita. Agak rugilah bagi mereka yang hanya terus ke hadapan tanpa melihat di sekeliling kehidupannya.
Dalam Al-Quran Allah berfirma dalam surah Al-Asr 2-3,
Firman Allah SWT :
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
KEZALIMAN
Kini kita sudah berada pada suku tahun 2012M ataupun 1433.Bagaimana keadaan saudara-saudara yang dekat dengan kita di seluruh pelusuk dengan kita? Adakah mereka seperti keadaan kita sekarang? Saudara kita di Mesir, Lubnan, Yamen, Tunisia, Libya, Afrika, dan khususnya sekarang buat saudara kita di Syria dan Palestin tidak seperti keadaan kita sekarang yang penuh dengan kenikmatan. Mungkin kita kurang sedar tentang keadaan mereka dan bagaimana keadaan mereka sebenar walaupun mereka berada dalam negara sendiri. Contoh pergelutan di antara zionis dan rakyat Palestin yang sudah makan masa puluh tahun diantara mereka. Tapi bagaimana caranya kita mahu menyumbang kekuatan kepada mereka? Adakah dengan menyertai mereka dengan menganggat senjata mahupun dengan hanya kata-kata?
Semua itu atas kemampuan kita hari ini. Dulu kita hanya saksikan dengan perasaan pilu tapi hari ini banyak cara kita dapat sumbangkan untuk mereka. Antara jalan yang mudah kita usahakan :-
1. Memberikan Sokongan
Walaupun hanya dengan membuat status di fb, upload gambar di blog, atau menyertai kempen anti keganasan anjuran NGO-NGO itu sudah memadai untuk kita yang inginkan kedamaian untuk semua.
Walaupun hanya dengan membuat status di fb, upload gambar di blog, atau menyertai kempen anti keganasan anjuran NGO-NGO itu sudah memadai untuk kita yang inginkan kedamaian untuk semua.
2. Memboikot
Dalam isu meboikot ini ramai yang mengatakan ianya hanya benda yang sia-sia dan tiada hujung pangkalnya. Tapi apa penting jika kita merasai produk tersebut boleh menyumbangkan sesuatu kepada pihak musuh, lebih baik kita melumpuhkan.Sebagai contoh hari ini jika di sebuah kampung itu merupakan pengeluar utama pisang bagi sebuah bandar yang memerlukan pisang bertandan-tandan dalam sehari, apakah akan berlaku jika orang di bandar berkenaan menukarkan permintaan pisang kepada nanas dari kampung yang lain? Adakah pengeluar pisang itu akan untung atau sebaliknya. Jawapan yang mudah kampung berkenaan akan menukarkan stategi perniagaan demi menjaga perniagaan mereka. Adakah BOIKOT ini memberi kesan. Walaupun kita hanya 1sen ia boleh membawa kepada rugi mahupun untung.
Begitu juga dengan kita hari ini yang penuh dengan pelbagai produk-produk yang asalnya merupakan produk musuh-musuh Islam.Kenapa kita tidak mengambil langkah untuk memboikot mereka. Anda Mampu Merubahnya
Dan banyak lagi perkara yang boleh kita sumbangkang walaupun jarak kita dengan mereka beribu-ribu batu .Hanya sekadar usaha kita yang ringan itulah memberikan kedamaian kepada mereka di sana
~Kami Bersama Kalian Palestin & Syria~
AKHLAK
Dunia yang tiada batasan ini banyak memberikan perubahan kepada perubahan masa kini. Alhamdulillah ramai diantara kita sudah melakukan penghijrahan yang terbaik. Dari dulu tidak bertudung kepada bertudung, dari ber\'couple\' kepada perkahwinan dan sebagainya. Tapi ianya hanya sekelompok sahaja. Masalah moral, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan, ragut, dan banyak lagi yang tak seronok nak di sebutkan banyak berlaku daripada perubahan yang dinyatakan. Anak-anak yang bertudung kini banyaknya hanay bertudung di kepala tapi tidak di lapik dengan keimanan. Diri bertudung, ber t-shirt lengan pendek, berseluar ketat, dan agak terkejut juga apabila tudung hanya di jadikan sebagai fesyen bukan tanda taat kepada Allah. Apabila ianya hanya sekadar fesyen pelbagai benda-benda yang pelik berlaku biar pun mereka bertudung.
Firman Allah :
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya." (al-A'raf: 26)
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya." (al-A'raf: 26)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka "
(An-Nur: 31)
(An-Nur: 31)
Semoga kita diantara yang sentiasa menjaga syariat Allah dan meneruskan ciri-ciri Islamic dalam meneruskan kehidupan.Hari ini semua perkara ini menjadi suatu perkara biasa tidak mustahil satu hari ia hanya tinggal sejarah buat kita sama ada ianya pahit mahupun manis. Sekurangnya kita punyai usaha tersendiri untuk melihat 'mungkar' atau kebatilan itu hapus diubah zaman.
Semoga kehidupan kita hari ini menjadi saham kita di kemudian hari~
Artikel : iluvislam
Wednesday, 11 April 2012
RPH TILAWAH AL-QURAN
Tarikh : 19
Mac 2012
Hari : Selasa
Masa : 5.20 petang – 6.20 petang
Hari : Selasa
Masa : 5.20 petang – 6.20 petang
Kelas : 2A6
Bil. Pelajar :25 orang
Bil. Pelajar :25 orang
Mata Pelajaran : Tilawah Al-Quran ( Membaca dan menghafaz surah Al-Kafirun )
Objektif :
i. Murid dapat membaca
ayat-ayat surah Al-Kafirun.
ii. Murid dapat menyusun ayat-ayat surah
Al-Kafirun.
iii. Murid
dapat menyusun potongan ayat surah Al-Kafirun.
iv. Murid dapat membaca mengikut hukum mad dalam
surah Al-Kafirun.
v. Murid
dapat mengesan dan menulis kalimah yang dibaca dengan bacaan panjang mengikut
harakat.
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid telah mempelajari surah
Al-Kafirun dalam pengajaran pembelajaran yang lalu.
Konsep : Bersemangat
untuk mengamalkan bacaan surah
Al-Kafirun dalam solat.
Bahan : Surah A-Kafirun, kad imbasan, ICT
Nilai :
Nilai :
1. Bersungguh-sungguh
menghafaz surah Al-Kafirun.
2. Berazam
untuk menguasai hafazan dan bacaan yang baik..
3. Sentiasa
memelihara kebersihan diri dengan berwuduk sebelum membaca Al-Quran.
4. Berusaha
menghafaz surah-surah yang lain.
5. Banyak
menghafaz surah mencerdaskan minda..
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
5
minit
|
Mengumpul
fokus dan minat murid terhadap pelajaran.
Mengaitkan
hasil soal jawab dengan isi pelajaran.
1)Apa
yang kamu lihat?
2)Bagaimana
dengan pakaian mereka?
|
Mengajak
murid bersama-sama membaca doa, mengucap dua kalimah Shahadah.
Bersoal
jawab, bertanya khabar.
Guru menunjukkan gambar pelajar-pelajar
menyertai sukan dan berpakaian menutup aurat.
Guru
menyoal pelajar berkaitan iman, dan Islam dan mengaitkan dengan tajuk
surah Al-Kafirun.
|
Murid
berdiri menjawab salam, membaca doa, mengucap dua kalimah shahadah,dan
menjawab pertanyaan guru dengan yakin, dan mesra.
|
Ketua kelas memainkan peranan
mengarahkan murid bangun dan berdiri
dengan penuh disiplin.
Guru
melakukan aktiviti membaca doa dan mengucap dua kalimah shahadah bersama
murid-murid.
|
Perkembangan
Langkah
1.
15
minit
|
(Aras1.)
Membaca
surah Al-Kafirun bersama-sama secara keseluruhan.
Membaca
ayat demi ayat.
Memberi
fokus kepada kepada kalimah bacan
panjang dan kalimah bacaan jelas.
|
Guru
memaparkan
Kad
ayat dan meminta murid mengulang sebutan bacaan.
Memperdengarkan
sebutan bacaan yang betul .
Guru
memilih salah seorang murid memegang kad ayat dan menampal di papan putih.
Guru
menyebut bacaan ayat dan meminta murid mengikut beramai-ramai
Latihtubi
membaca ayat dengan betul dan bertajwid.
|
Murid
mengikut guru menyebut bacaan ayat.
Murid yang dipilih memegang kad ayat dan
menunjukkan kepada semua pelajar.
Murid
yang memegang kad ayat membaca bersama-sama pelajar lain mengulang tiga kali.
Murid
menampal kad ayat di papan putih.
|
Guru
menayangkan slide kepada pelajar .
|
Langkah
2
20
minit
|
Aras 2
Menyusun
potongan ayat mengikut urutan yang betul.
Mengenalpasti
kalimah yang dibaca panjang dua harkat.
Mengenalpasti
kalimah dibaca panjang lima harkat,
Mengenalpasti
kalimah yang dibaca dengan sebutan jelas.
|
Guru
meminta murid membaca kalimah yang
ditunjukkan dalam kad imbasan.
Guru
menjemput seorang pelajar memegang kad imbasan dan menyebut kalimah yang
dipegangnya.
Guru
menggunakan kaedah latihtubi dan pengulangan kepada pelajar.
Guru
meminta pelajar menyebut kalimah yang ditunjukkan oleh rakan mereka.
Guru
menerangkan bacaan panjang dan bacaan sebutan jelas melalui kalimah yang di
tunjukkan.
|
Murid
membaca semula secara latih tubi perkara-perkara yang membatalkan wuduk
menggunakan kad-kad ayat.
Murid membaca kalimah yang ditunjukkan oleh rakan
mereka.
Murid
menyebut berulang kali kalimah yang ditunjukkan dengan sebutan yang fasih.
Murid
menjawab soalan guru mengenai kadar bacaan panjang bagi kalimah yang dibaca
oleh mereka.
Murid
menjawab soalan guru mengenai kadar bacaan panjang atau sebutan jelas bagi
kalimah yang dibaca oleh mereka.
|
Kad
ayat
Kad
potongan ayat.
|
Langkah
3
15
minit
|
Menyusun
potongan ayat dengan betul dan menjadi ayat yang sempurna.
|
Guru
meminta murid membaca ayat yang di pilih.
Guru
meminta murid memegang potongan ayat
dan menyuruh menunjukkan potongan ayat kepada murid lain
dan menyebutnya.
Guru
menyuruh seorang murid lain menyusun potongan mengikut susunan yang betul.
Guru
mengedarkan lampiran kepada murid-murid dan menerangkan apa yang perlu
mrid-murid lakukan utuk menjawab soalan yang terdapat dalam lampiran.
|
Murid
memberi respon dan jawapan terhadap soalan yang yang dikemukan oleh guru.
Murid megang kad potongan ayat lalu
menunjukkan kepada murid-murid lain sambil membaca potongan ayat yang
dipegangnya.
Murid
menyebut -ramai.
Seorang
murid diminta ke depan untuk menyusun kalimah menajdi ayat yang lengkap.
Murid
mendapatkan lampiran dan mengkelaskan
kalimah mengikut bilangan dua harkat dan lima harkat serta kalimah
bacaan jelas.
|
Kad potongan ayat.
Lembaran
kerja.
|
Penutup
5
minit
|
Guru
meminta murid menyebut semula bacaan ayat-ayat surah Al-Kafirun.
|
Murid membaca
surah A-Kafirun secara keseluruhannya beramai-ramai.
|
Aktiviti
dilakukan untuk penilaian semula dan pengukuhan serta diberi ganjaran.
|
Refleksi : Diakhir pelajaran, didapati murid boleh
mengingat bacaan surah A-Kafirun. Dalam aktiviti mengesan kalimah bacaan
panjang, guru perlu memberi penekanan yang lebih untuk membolehkan murid
menjawab soalan yang diberi. Murid perlu didamping secara individu untuk diberi
penerangan dan akhirnya murid dapat membuat latihan yang diberi oleh guru. Kurang puas hati dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku kerana pengndalian bahan ict bermasalah.
KOMPONEN 5 - SET BAHAN PENILAIAN.
Unit 1
1. Pilih
dan tuliskan kalimah yang dibaca 2 harkat, 5 harkat dan kalimah yang dibaca
dengan jelas.
2. Susun semula kalimah menjadi
ayat yang sempurna.
Tuesday, 3 April 2012
Makro Pengajaran Siti Zaleha
Assalamualaikum...
Berikut dipaparkan rakaman pengajaran Al-Quran kelas 2A6.
Sebarang komen dialu-alukan, terima kasih.
Berikut dipaparkan rakaman pengajaran Al-Quran kelas 2A6.
Sebarang komen dialu-alukan, terima kasih.
Makro P&P part 1
Makro P&P part 2
Makro P&P part 4
Makro P&P part 5
Makro P&P part 3