Belum kutemui kepuasan....
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Setelah dua bulan menjalani pengajian di sesi pagi, ummi masih lagi mencari rentak penyesuaian, masih tidak pandai menyusun jadual rutin seharian. Bermula seawal 5.00 pagi sehingga ke 12.00 tengah malam tidak cantik rasanya jadual yang ummi lalui.
Agaknya perlu mengambil masa juga menyusun atur langkah agar seimbang dan penuh ketenangan untuk menyusuri hari seiiring tugasan yang perlu dibereskan. Dalam masa yang sama ummi tidak mahu terlepas apa juga peluang yang diberikan oleh Yang Maha Pengasih buat ummi.
Baru sahaja selesai dengan tugasan kursus Kepimpinan pelajar SKSK di Malaysian Spanish Institute Februari dengan 271 pelajar 37 fasilitator.
Kini menanti pula untuk menggalas tanggungjawab sebagai Jurulatih untuk Program Perkhemahan Alam Semulajadi Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Taman Negara Pulau Pinang, 4 hingga 7 Mac 2013. Mohon dipermudahkan kerjabuat oleh Yang Maha Penyanyang.