Assalamualaikum warah matullah hi waba rokatuh.....
Agak lama ummi tidak menjengah di sini. Lantaran berbagai ujian yang telah dihidangkan untuk diharungi. Alhamdulillah, dengan sokongan padu semua ahli keluarga, segalanya pulih dan berjalan lancar.
22 september akhi ummi dipanggi pak ngah telah diuji dengan angin ahmar. Sama-sama berkampung di teratak ummi untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Setelah 3 purnama, akhi dan semua ahli usrahnya di bawa balik ke villanya untuk melakukan penyesuaian lokasi dan berjalan dengan baik.
15 Disember 2013, teman seperjuangan, Cik Hamid, seorang sukaelawan masjib al-ittihad dipanggil kembali mengadap Penciptanya dalam keadaan yang tenang dan kudus selepas selesai membersihkan kuburan di masjid dengan laluan tragedi diketit seseuatu yang ada dalam kasut kerja. 48 jam kemudian disahkan doktor bisa sudah sampai ke jantung. disemadikan pukul 11.00 pagi, di sebelah pusara Tuan Haji Hussain bin Haji Ahmad. Mantan Imam Masjid Al-Ittihad.
Hari ini tanggal 19 Disember 2013, sahabat ummi, cikgu Atikah bt Hamid bersama suami, Imam Masjid Taman Mutiara, menaiki pesawat, terbang ke Madinah Al Munawwarah dan seterusnya ke Makkatul Mukarromah untuk menunaikan umroh, semoga selamat pergi dan selamat kembali.
27 Disember 2013, bermula exam semester 5 untuk ummi dan teman seperjuangan. Semoga berjaya.... amin.
No comments:
Post a Comment