Wednesday, 21 May 2014

Assalamualaikum  warahmatullah hi wabarakatuh....

Apa khabar semua, setelah sekian lama menyepi, kni ummi menjengah kembali, bukan merajuk hati tetapi melalui ujian demi ujian dari ArRahmam ArRahim yang sesekejap berduka, sesekejap bahagia, seseketika kebimbangan dan adakala menitis air mata.

Kini agak reda meskipun baru sahaja selesai mensummit asigment yang terakhir semalam. Syukur kepadaNya dan terima kasih anakanda tercinta yang banyak membantu.

Hari ini sedikit kelapangan menjengah, meskipun dikeruhkan dek tugasan sebagai suri tidak terberes mengikut jadual, namun sedikit kekuatan kurniaan Illahi Robbi dapat juga dilaksanakan sebelum siak ke masjid untuk asar.

Hari ini, kemangkatan Yang teramat Mulia Pemangku Sultan Kedah Tunku Annuar, sekolah bercuti, cuti yang bermula jam 9.00  pagi lantaran semua murid telah berkumpul untuk bacaan Yasin setiap pagi Rabu.

Tiga minggu berturut-turut diberi tugas sebagai MC. Mulanya MC Kejohanan Olahraga Sekolah, diikuti Mc Program Outreach Murid Warganegara Tanpa Dokumen diikuti MC Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah. Namun ada tragedi di sebalik MCMC ini. Dari suara rakus, ada yang mengkritik konon sukan boleh habis awal jika buka orang tua ini yang jadi MC.... mabuk bercakap....., Kemudian serangan hebat pula datang semasa MC hari guru,  nidaul itu menyuarakan suatu peringatan...lain kali sebut nama saja, yang dok sebut yang lain-lain tu pasai apa,,,, saya tak suka dan tak boleh terima.
Ya Allah,,, ampumilah....... ummi telah tersilap....

Namun suara ibu datang dari jauh menyeru kekuatan.....Jangan mengalah....... bangun  dan maju ke hadapan..maju terus maju tapi dilandasan keredoaanNYa....

No comments:

Post a Comment